Pendapatan Online

GDI - Income For Life!!

Tuesday, January 1, 2008

Tahun Baru 2008

Tahun baru menjelang lagi
Tibanya disambut, seperti tahun lalu
Meriah, meriah penuh gembira
Hakikatnya apa ?
Kenapa gembira tiap kali tahun baru tiba?
Hakikat tahun baru
Umur semakin tua
Tenaga semakin tiada
Penyakit makin tiba
Anak-anak makin dewasa
Banyak rakan sudah tiada
Hakikatnya yang pasti
Kubur semakin hampir
Ayuh sahabat perbanyaklah amalan bekal kita
Untuk menuju negara abadi
Tempat menuai segala amalan
Di alam fana ini
Ya Rabbi, Ampunilah daku dan kedua ibubapaku

Thursday, November 8, 2007

Cinta Herba

Rasa mu pahit
Kelat, payau
masam
namun initi mu
penuh penawar
Herba hidup mu
dalam belantara
namun
kepada yang buta ilmu
Dirimu dicantas dibuang
yang akhirnya
manusia jua yang musnah
begitu juga cinta
yang dimata tidak dindah
yang jauh dicari
bila yang dekat dah hilang
sesal tak sudah.

Sunday, September 23, 2007

Malam Sepi

Malam sepi
Aku teringat pada mu
Pembawa obor kebenaran
Cahaya penyuluh kehidupan
Walaupun diri mu dicaci dan dihina
Dikau tetap membawa obor petunjuk illahi
Kasih mu pada ku amat tinggi
Kau lah penyelamat umat
Pembawa cahaya dan petunjuk
Lahir mu yatim piatu
Namun kehidupan mu di asuh illahi
Kau lah nabi
Muhammad s.a.w
Hingga akhir hayat mu
Kasih mu pada umat mu tetap abadi
'ummati, ummati'
Ungkapan mu saat akhir hayat mu...
Mana mungkin aku tidak mencintai
Kasih mu sungguh abadi
Menerangi alam semesta
Dari dunia yang fana
hingga akhirat yang abadi........

Saturday, September 22, 2007

Cinta Yang Agung Hanya Pada Mu

Cinta yang agung
Dan kudus hanya pada Mu
Mana mungkin aku tidak mencintai Mu
Engkau pencipta ku dan memelihara ku
Aku hanyalah hamba Mu
Mana mungkin aku menderhakai Mu
Kerana
Tiba masa aku kembali pada Mu
Cintaku yang agung hanya pada Mu
Syukur dan sujudku hanya pada Mu
Aku insan yang lemah
Pimpinlah daku kejalan Mu
Ampunilah kesalahan dan dosa ku
Redhakan daku dengan syurga Mu
Aku cinta pada Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.


Wednesday, September 19, 2007

Aku Cinta Pada Mu


Aku Cinta Pada Mu

Aku cinta pada mu dengan sepenuh hatiku
Dalam keheningan malam yang shahdu aku merinduimu
Aku teringat pada mu setiap masa dan ketika
Hingga kekadang aku lupa siapa diriku
Cintaku pada mu tulus ikhlas dan jujur
Tiada dua dalam hatiku
Hanya cintaku pada mu sahaja.
Aku pasti hanya dan yakin
AKU CINTA PADA MU