Pendapatan Online

Saturday, January 2, 2010

Aku Cinta Pada Mu...

Aku Cinta Pada Mu
Walau tahun berlalu pergi
Masa beredar, bumi berputar
Pantai berubah, namun
Aku disini
Tetap mencintai mu
Walaupun masa berganti
Usia kian bertambah
Kesetian ku
Pasti tidak pernah goyah
Seumpama rembulan
yang sentiasa setia
menerangi malam
hari - hari sepi mu
Kerana Cinta ku pada mu
benar tulus dan murni.

Thursday, September 24, 2009

Aku Cinta Pada Mu

Aku Cinta Pada Mu
Walau jasad mu telah tiada
Ditelan bumi lenyap
Namun cinta ku pada mu
Tetap bersemi utuh dalam kalbu
Setiap syawal menjelang
Pusara mu tetap ku kunjungi
Al fatehah dan Yasin
tetap
Ku baca dipusara mu
Bersama deraian air mata
Kerna
Kenangan serta jasa mu pada ku
Abadi
tak mampu aku balas
Bondaku.....

Saturday, July 18, 2009

Aku Cinta Pada Mu

Aku cinta pada mu
Tiada dua dalam hatiku
Biar pun ramai yang mendatang
menggoda hati ku
namun hati ku tetap pada mu,

Cinta ku pada mu sepanas mentari
Sesejuk salju, seharum kasturi
Kesetiaan ku pada mu
seperti ombak membasahi pantai
terus setia
walaupun pantai sudah berubah
kerana ku tahu
Aku hanya mencintai mu


Tuesday, January 1, 2008

Tahun Baru 2008

Tahun baru menjelang lagi
Tibanya disambut, seperti tahun lalu
Meriah, meriah penuh gembira
Hakikatnya apa ?
Kenapa gembira tiap kali tahun baru tiba?
Hakikat tahun baru
Umur semakin tua
Tenaga semakin tiada
Penyakit makin tiba
Anak-anak makin dewasa
Banyak rakan sudah tiada
Hakikatnya yang pasti
Kubur semakin hampir
Ayuh sahabat perbanyaklah amalan bekal kita
Untuk menuju negara abadi
Tempat menuai segala amalan
Di alam fana ini
Ya Rabbi, Ampunilah daku dan kedua ibubapaku

Thursday, November 8, 2007

Cinta Herba

Rasa mu pahit
Kelat, payau
masam
namun initi mu
penuh penawar
Herba hidup mu
dalam belantara
namun
kepada yang buta ilmu
Dirimu dicantas dibuang
yang akhirnya
manusia jua yang musnah
begitu juga cinta
yang dimata tidak dindah
yang jauh dicari
bila yang dekat dah hilang
sesal tak sudah.